BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU TELAH MENJADI BAHASA
PERANTARAAN (LINGUA FRANCA) SEMENJAK ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA . BAHASA
MELAYU MERUPAKAN BAHASA UTAMA KETIKA ITU
YANG DIGUNAKAN OLEH PEDAGANG-PEDAGANG YANG DATANG DARI SERATA DUNIA. SEWAKTU
PENJAJAHAN BRITISH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MULAI MEROSOT MEMANDANGKAN BAHASA
INGGERIS LEBIH DIUTAMAKAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN. KEDUDUKAN
BAHASA MELAYU TELAH DIKAJI SEMULA SEMASA PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU. DALAM HAL INI, PIHAK PEMERINTAH TANAH MELAYU MENYEDARI BAHAWA
TANAH MELAYU TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA RASMI JIKA
HENDAK MENYATUKAN PENDUDUKNYA. OLEH ITU MEREKA BERPENDAPAT, BAHAWA BAHASA
MELAYU PERLU DIMAKTUBKAN DALAM PERLEMBAGAAN YANG MEMPERUNTUKKAN BAHASA
KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU.
KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA
Melayu
SECARA AMNYA, SEJARAH MAJLIS RAJA-RAJA
BERMULA DENGAN PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU BAGI NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU PADA 1 JULAI 1896 BAGI MEMBINCANGKAN HAL EHWAL DAN KEPENTINGAN
BERSAMA DENGAN PEMERINTAH INGGERIS. MAJLIS RAJA-RAJA MERUPAKAN SEBUAH BADAN
RASMI YANG DITUBUHKAN MENGIKUT PERKARA 38 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
SEBAGAI TEMPAT BAGI RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI BERTEMU DAN BERBINCANG.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN KERAJAAN SUPAYA MENDAPATKAN NASIHAT
DARIPADA MAJLIS RAJA-RAJA. URUSAN PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN YANG DI-PERTUA
AGONG JUGA TERLETAK PADA MAJLIS RAJA-RAJA. MAJLIS RAJA-RAJA MERUPAKAN KUASA
TERTINGGI DALAM HAL EHWAL AGAMA ISLAM DI MALAYSIA. MAJLIS INI DIANGGOTAI OLEH
SEMUA SEMBILAN ORANG RAJA DAN EMPAT ORANG YANG DI-PERTUA NEGERI DI MALAYSIA.
MENGIKUT PERATURAN HANYA DULI YANG MAHA MULIA, (DYMM) RAJA-RAJA SAHAJA YANG
LAYAK MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT DAN MAJLIS INI DIPENGERUSIKAN MENGIKUT GILIRAN
YANG ADA DALAM SUSUNAN YANG DITETAPKAN OLEH MAJLIS.
AGAMA ISLAM
ISLAM SEBAGAI AGAMA
PERSEKUTUAN DAN KEDUDUKAN AGAMA LAIN . AGAMA ISLAM TELAH BERTAPAK DI TANAH
MELAYU SEJAK AWAL ABAD KE-13 LAGI DENGAN BUKTI PENEMUAAN BATU BERSURAT
TERENGGANU YANG BERTARIKH 1292 MASIHI DAN BERKEMBANG MAJU PADA ZAMAN PEMERINTAHAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA PADA KE-15.
PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TETAP BERLANSUNG, WALAUPUN SELEPAS TANAH MELAYU TELAH
DIJAJAH OLEH BRITISH SEHINGGA TANAH MELAYU MECAPAI KEMERDEKAAN. PERKARA 3 (1)
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMPERUNTUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA BAGI
PERSEKUTUAN, TETAPI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN JUGA MEMBERI KEBEBASAN UNTUK
KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG INGIN MENGAMALKAM AGAMA SENDIRI DENGAN CARA AMAN DAN
HARMONI.
KEWARGANEGARAAN
KEWARGANEGARAAN BIASANYA DIERTIKAN SEBAGAI
KETAATAN YANG DIBERIKAN KEPADA SESUATU WILAYAH, BANDAR, NENGERI ATAU NEGARA DAN
SANGGUP MENERIMA SEGALA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB.SESEORANG WARGANEGARA MEMPUNYAI
TUGAS-TUGAS TERTENTU TERHADAP NEGARANYA SEPERTI MEMPERTAHANKAN NEGARA DARIPADA
ANCAMAN MUSUH
HAK ASASI
INDIVIDU
SETIAP INDIVIDU YANG DILAHIRKAN DI DUNIA INI MEMPUNYAI HAK DAN KEBEBASAN
MASING-MASING. HAK INI MENCAKUPI PELBAGAI PERKARA SEPERTI HAK UNTUK BERGERAK,
BERPENDIDIKAN, MENYUARAKAN PENDAPAT, MENDAPATKAN HARTA DAN SEBAGAINYA.
1.TIADA
KEABDIAN DAN KERJA PAKSA
(TIDAK SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA BOLEH
DITAHAN SEBAGAI HAMBA ABDI DAN KERJA PAKSA) .
2KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-UNDANG
(SESEORANG WARGANEGARA TIDAK BOLEH
DIBEZAKAN ATAS SEBAB AGAMA,KAUM, DAN KETURUNAN. SETIAP ORANG BERHAD DALAM
APA-APA JAWATAN ATAU DI BAWAH PIHAK BERKUASA AWAM, TEMPATAN DAN BERKANUN SAMA
ADA DALAM BIDANG PERNIAGAAN ATAU
KERJA-KERJA PROFESIONAL).
3.LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK
(TIDAK SEORANG PUN WARGANEGARA YANG
BOLEH DIBUANG NEGERI ATAU DITAHAN DARIPADA MASUK KE DALAM PERSEKUTUAN. SETIAP
WARGANEGARA MEMPUNYAI HAK KEBEBASAN BERSUARA
DAN MENGELUARKAN BUAH FIKIRAN).
4.KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKA
PERSATUAN.
(PERKARA 10 PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMPERUNTUKKAN KEBEBASAN KEPADA SEMUA WARGANEGARA UNTUK BERCAKAP,
BERHIMPUN, DAN MENUBUHKAN PERSATUAN)
5. KEBEBASABN BERAGAMA
(PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
MALAYSIA MEMPERUNTUKKAN AGAMA ISLAM
SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN, NAMUN SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA BERHAK
MENGAMALKAN AGAMANYA SENDIRI
MELALUI PERKARA 11 PELEMBAGAAN
PERSEKUTUAN.SETIAP INDIVIDU BERHAK UNTUK MENGEMBANGKAN AGAMANYA, TETAPI
UNDANG-UNDAND NEGERI DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN BOLEH MENGAWAL ATAU MENYEKAT
PENGEMBANGAN APA-APA IKTIKAD ATAU KEPERCAYAAN AGAMA DALAM KALANGAN ORANG YANG
MENGANUTI AGAMA ISLAM. WALAU BAGAIMANAPUN, KEBEBASAN DIBERIKAN KEPADA
KERJA-KERJA MUBALIGH DALAM KALANGAN ORANG BUKAN ISLAM).
6.KESAMARATAAN DALAM PELAJARAN
( PERKARA 12 PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN MALAYSIA MENYATAKAN TENTANG
HAK MENGENAI PELAJARAN. TIDAK TERDAPAT SEBARANG PERBEZAAN TERHADAP MANA-MANA
WARGANEGARA SEMATA-MATA KERANA AGAMA, KAUM, KETURUNAN DAN TEMPAT LAHIR UNTUK
MENDAPATKAN PENDIDIKAN).
7.HAK UNTUK HARTA
(PERKARA 13 PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMPERUNTUKKAN TIDAK SEORANG PUN BOLEH DILUCUTKANHARTANYA,
KECUALI MENURUT UNDANG-UNDANG.UNDANG-UNDANG. JUGA TIDAK BOLEH MEMBUAT
PERUNTUKAN UNTUK MENGAMBIL ATAU MENGGUNAKAN HARTA DENGAN PAKSA TANPA PAMPASAN YANG MENCUKUPI.