Wednesday, 15 October 2014

huraian isi kesan kontrak sosial


BAHASA MELAYU
                                                                    
      BAHASA MELAYU TELAH MENJADI BAHASA PERANTARAAN (LINGUA FRANCA) SEMENJAK ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA . BAHASA MELAYU  MERUPAKAN BAHASA UTAMA KETIKA ITU YANG DIGUNAKAN OLEH PEDAGANG-PEDAGANG YANG DATANG DARI SERATA DUNIA. SEWAKTU PENJAJAHAN BRITISH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MULAI MEROSOT MEMANDANGKAN BAHASA INGGERIS LEBIH DIUTAMAKAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU TELAH DIKAJI SEMULA SEMASA PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. DALAM HAL INI, PIHAK PEMERINTAH TANAH MELAYU MENYEDARI BAHAWA TANAH MELAYU TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA RASMI JIKA HENDAK MENYATUKAN PENDUDUKNYA. OLEH ITU MEREKA BERPENDAPAT, BAHAWA BAHASA MELAYU PERLU DIMAKTUBKAN DALAM PERLEMBAGAAN YANG MEMPERUNTUKKAN BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU.


KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA Melayu
    SECARA AMNYA, SEJARAH MAJLIS RAJA-RAJA BERMULA DENGAN PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU BAGI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU PADA 1 JULAI 1896 BAGI MEMBINCANGKAN HAL EHWAL DAN KEPENTINGAN BERSAMA DENGAN PEMERINTAH INGGERIS. MAJLIS RAJA-RAJA MERUPAKAN SEBUAH BADAN RASMI YANG DITUBUHKAN MENGIKUT PERKARA 38 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT BAGI RAJA DAN YANG DIPERTUA NEGERI BERTEMU DAN BERBINCANG. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN KERAJAAN SUPAYA MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA MAJLIS RAJA-RAJA. URUSAN PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN YANG DI-PERTUA AGONG JUGA TERLETAK PADA MAJLIS RAJA-RAJA. MAJLIS RAJA-RAJA MERUPAKAN KUASA TERTINGGI DALAM HAL EHWAL AGAMA ISLAM DI MALAYSIA. MAJLIS INI DIANGGOTAI OLEH SEMUA SEMBILAN ORANG RAJA DAN EMPAT ORANG YANG DI-PERTUA NEGERI DI MALAYSIA. MENGIKUT PERATURAN HANYA DULI YANG MAHA MULIA, (DYMM) RAJA-RAJA SAHAJA YANG LAYAK MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT DAN MAJLIS INI DIPENGERUSIKAN MENGIKUT GILIRAN YANG ADA DALAM SUSUNAN YANG DITETAPKAN OLEH MAJLIS.
                                                                                                                                           
                    AGAMA ISLAM                   
    ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN DAN KEDUDUKAN AGAMA LAIN . AGAMA ISLAM TELAH BERTAPAK DI TANAH MELAYU SEJAK AWAL ABAD KE-13 LAGI DENGAN BUKTI PENEMUAAN BATU BERSURAT TERENGGANU YANG BERTARIKH 1292 MASIHI DAN BERKEMBANG MAJU PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA  PADA KE-15. PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TETAP BERLANSUNG, WALAUPUN SELEPAS TANAH MELAYU TELAH DIJAJAH OLEH BRITISH SEHINGGA TANAH MELAYU MECAPAI KEMERDEKAAN. PERKARA 3 (1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMPERUNTUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA BAGI PERSEKUTUAN, TETAPI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN JUGA MEMBERI KEBEBASAN UNTUK KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG INGIN MENGAMALKAM AGAMA SENDIRI DENGAN CARA AMAN DAN HARMONI.

KEWARGANEGARAAN
    KEWARGANEGARAAN BIASANYA DIERTIKAN SEBAGAI KETAATAN YANG DIBERIKAN KEPADA SESUATU WILAYAH, BANDAR, NENGERI ATAU NEGARA DAN SANGGUP MENERIMA SEGALA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB.SESEORANG WARGANEGARA MEMPUNYAI TUGAS-TUGAS TERTENTU TERHADAP NEGARANYA SEPERTI MEMPERTAHANKAN NEGARA DARIPADA ANCAMAN MUSUH

HAK ASASI INDIVIDU
   SETIAP INDIVIDU YANG DILAHIRKAN DI DUNIA INI MEMPUNYAI HAK DAN KEBEBASAN MASING-MASING. HAK INI MENCAKUPI PELBAGAI PERKARA SEPERTI HAK UNTUK BERGERAK, BERPENDIDIKAN, MENYUARAKAN PENDAPAT, MENDAPATKAN HARTA DAN SEBAGAINYA.
 1.TIADA KEABDIAN DAN KERJA PAKSA
(TIDAK SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA BOLEH DITAHAN SEBAGAI HAMBA ABDI DAN KERJA PAKSA) .
2KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-UNDANG
(SESEORANG WARGANEGARA TIDAK BOLEH DIBEZAKAN ATAS SEBAB AGAMA,KAUM, DAN KETURUNAN. SETIAP ORANG BERHAD DALAM APA-APA JAWATAN ATAU DI BAWAH PIHAK BERKUASA AWAM, TEMPATAN DAN BERKANUN SAMA ADA  DALAM BIDANG PERNIAGAAN ATAU KERJA-KERJA PROFESIONAL).
3.LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK
(TIDAK SEORANG PUN WARGANEGARA YANG BOLEH DIBUANG NEGERI ATAU DITAHAN DARIPADA MASUK KE DALAM PERSEKUTUAN. SETIAP WARGANEGARA MEMPUNYAI HAK KEBEBASAN BERSUARA  DAN MENGELUARKAN BUAH FIKIRAN).
4.KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKA PERSATUAN.
(PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMPERUNTUKKAN KEBEBASAN KEPADA SEMUA WARGANEGARA UNTUK BERCAKAP, BERHIMPUN, DAN MENUBUHKAN PERSATUAN)
5. KEBEBASABN BERAGAMA
(PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA  MEMPERUNTUKKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN, NAMUN SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA BERHAK MENGAMALKAN AGAMANYA SENDIRI
MELALUI PERKARA 11 PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN.SETIAP INDIVIDU BERHAK UNTUK MENGEMBANGKAN AGAMANYA, TETAPI UNDANG-UNDAND NEGERI DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN BOLEH MENGAWAL ATAU MENYEKAT PENGEMBANGAN APA-APA IKTIKAD ATAU KEPERCAYAAN AGAMA DALAM KALANGAN ORANG YANG MENGANUTI AGAMA ISLAM. WALAU BAGAIMANAPUN, KEBEBASAN DIBERIKAN KEPADA KERJA-KERJA MUBALIGH DALAM KALANGAN ORANG BUKAN ISLAM).
 6.KESAMARATAAN DALAM PELAJARAN                           
( PERKARA 12 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA  MENYATAKAN TENTANG HAK MENGENAI PELAJARAN. TIDAK TERDAPAT SEBARANG PERBEZAAN TERHADAP MANA-MANA WARGANEGARA SEMATA-MATA KERANA AGAMA, KAUM, KETURUNAN DAN TEMPAT LAHIR UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN).
7.HAK UNTUK  HARTA
(PERKARA 13 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMPERUNTUKKAN TIDAK SEORANG PUN BOLEH DILUCUTKANHARTANYA, KECUALI MENURUT UNDANG-UNDANG.UNDANG-UNDANG. JUGA TIDAK BOLEH MEMBUAT PERUNTUKAN UNTUK MENGAMBIL ATAU MENGGUNAKAN HARTA DENGAN PAKSA TANPA PAMPASAN YANG MENCUKUPI.
                                                                                 





No comments:

Post a Comment